Wednesday, May 14, 2008

Belia perlu Kuasai teknologi maklumat dalam dunia golbal




Perbincangan dengan Datuk Idris Presiden Mgbm dan Haji Fadilah Bin Yusuf Timbalan Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi Di Parlimen
Belia perlu kuasai teknologi maklumat dalam dunia global
KUALA LUMPUR, 14 Mei – Golongan belia hari ini perlu menguasai bidang teknologi maklumat kerana ia mampu memacu negara untuk menjadi sebuah negara maju dan setaraf dengan negara maju lain di dunia ini.Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof berkata, ini kerana golongan itu dilihat sudah mampu untuk mencipta dan menjadi pengeluar peralatan teknologi serta dapat menyaingi syarikat teknologi maklumat (IT) gergasi seperti Intel dan Microsoft."Dulu, kebanyakan ilmu dalam bidang ini kita import, tetapi sekarang kita sudah boleh mencipta, malah mampu menjadi pengeksport teknologi untuk negara lain. Untuk itu, kita perlu melahirkan masyarakat khususnya golongan belia yang mahir dalam bidang inovasi."Dengan usaha itu, ia akan dapat melahirkan masyarakat pereka cipta, sekaligus mengekalkan Malaysia sebagai negara membangun contoh bagi beberapa negara ternama dalam bidang IT seperti Jepun dan Amerika Syarikat," katanya.Beliau yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya ditemui Melaka Hari Ini (MHI) selepas menerima kunjungan hormat beberapa Ahli Exco Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) di Parlimen, hari ini.Kunjungan itu diketuai Presiden MGBM yang juga Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron dan disertai Naib Presiden MBM, Azman Abdollah dan Mohd Faizal Hashim serta Setiausaha Agung MGBM, Mohd Nizam Omar dan Zaidi Mohd Timbalan Pengerusi MGBDAG.Menurut Fadillah, bagi merealisasikan hasrat melahirkan lebih ramai golongan pereka cipta di kalangan belia, Kementerian Sains dan Teknologi dan Inovasi akan mengadakan Minggu Sains dan Teknologi di seluruh negara yang dijangka bermula Julai ini.Fadillah berkata, program itu akan dimulakan di Sabah dan diikuti Sarawak serta lima wilayah di Semenanjung dengan membabitkan penyertaan menyeluruh dari masyarakat, pelajar sekolah dan penuntut institusi pengajian tinggi."Antara aktiviti yang akan diadakan termasuklah pertandingan reka cipta, kuiz berkaitan sains dan teknologi dan ia akan dijadikan sebgai program yang berterusan dengan harapan akan dapat merangsang minat masyarakat terhadap bidang reka cipta dan inovatif."Kementerian juga kini sedang berbincang dengan Jabatan Belia dan Sukan melalui Rakan Muda untuk mengadakan pertandingan reka cipta dengan menyediakan peruntukan dan format pertandingan,"katanya.

No comments: