Tuesday, May 20, 2008

Ali galak belia belajar di kolej DMBI


MELAKA Golongan lepasan sekolah di negeri ini digalak melanjutkan pengajian di Kolej Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) di sini, bagi meningkatkan tahap pendidikan masing-masing.Pengerusi DMDI, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, daripada membuang masa dengan berpeleseran di pusat-pusat membeli belah adalah lebih baik mereka melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan.
''Mereka perlu melengkapkan diri dengan pendidikan yang cemerlang dan berkemahiran supaya mudah mendapatkan pekerjaan," katanya di sini kelmarin.
Mohd. Ali yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, ketika ini, Kolej Antarabangsa DMDI mempunyai 144 pelajar tempatan yang sedang mengikuti pelbagai program pengajian yang dijalankan dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM).
Katanya, kolej tersebut menawarkan pelbagai program pengajian di peringkat sijil, diploma dan ijazah kelas pertama.

No comments: