Friday, May 21, 2010

19 Mei 2010 Mesyuarat Kali Pertama Koperasi MGBD Alor Gajah Berhad

Pada 19 Mei 2010 telah diadakan Mesyuarat Kali Pertama Koperasi MGBD Alor Gajah Berhad bertempat di Kompleks Rakan Muda Lendu.



Tuesday, May 11, 2010

6~9 Mei 2010 - Kursus Kepimpinan Belia Berkaliber

6~9 Mei 2010

Kursus Kepimpinan Belia Berkaliber telah berjaya diadakan di Glory Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan yang berjaya menarik serami 67 orang peserta dari ahli-ahli belia dari kedua-dua badan gabungan belia di dalam Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah dan Jasin.

Kursus telah berjaya dilaksanakan hasil dari anjuran MGBD Alor Gajah dan MGBD Jasin bersama Jabatan Belia & Sukan Negeri Melaka.

Kursus yang mengambil masa empat hari ini telah dapat mengeratkan perpaduan dan kerjasama berkumpulan di kalangan ahli-ahli belia dari sekitar Alor Gajah & Jasin.

Majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil telah disampaikan oleh YB En. Hassan Abd. Rahman, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Perpaduan, Belia dan Sukan Negeri Melaka merangkap ADUN Sungai Rambai.













Wednesday, May 5, 2010

5 Mei 2010. Mesyuarat Penubuhan Koperasi MGBD Alor Gajah

5 Mei 2010.
Mesyuarat Penubuhan Koperasi MGBD Alor Gajah diadakan khusus untuk kebajikan ahli-ahli belia gabungan di dalam daerah Alor Gajah. Taklimat penubuhan koperasi disampaikan oleh pegawai koperasi Melaka.