Tuesday, June 24, 2008

Pertandingan Memancing Sempena Hari AADK Melaka RM 5,000 Menanti Johan

BANDARAYA MELAKA :Agensi Antidadah Kebangsaan Melaka (AADK) akan menganjurkan pertandingan memancing Sempena Hari Antidadah Kebangsaan Negeri Melaka pada 6 Julai ini.

Timbalan Pengerusi Majlis Gabungan Belia Daerah (MGBD) Alor Gajah, Zaidi Mohamad berkata, pertandingan tersebut akan di adakan di pantai Padang Kemunting Masjid Tanah bermula jam 8 pagi hingga 12 tengahari dan terbuka kepada semua pemancing.

"Pertandingan tersebut juga merupakan anjuran
bersama Agensi Antidadah Kebangsaan Melaka (AADK)," katanya kepada Sukan Melaka Hari Ini (MHI).

Zaidi berkata, yuran penyertaan dikenakan sebanyak RM50 dan bayaran RM30 di kenakan pada setiap joran tambahan manakala joran mestilah mempunyai pelekat yang disahkan urusetia.

Katanya, johan pertandingan akan menerima wang tunai sebanyak RM5,000, naib johan RM4,000 dan tempat ketiga RM3,000 manakala bagi peserta yang tidak berjaya pada pertandingan tersebut, pihak urusetia pertandingan juga turut menyediakan hadiah wang tunai dari tempat ke-4 hingga ke-15.

Mengulas mengenai undang-undang pertandingan, Zaidi berkata, setiap peserta hanya memenangi satu hadiah dan peserta dilarang masuk ke laut.

"Selain itu, kail mata tiga iaitu bercabang tidak diterima dan tangkapan yang mata kailnya terkena badan ikan tidak layak dipertandingkan serta hanya dua mata kail di benarkan," katanya.

Katanya, hakim akan membatalkan peserta yang melakukan penipuan atau melanggar peraturan pertandingan dan yuran tidak akan dikembalikan.

Selain itu, pertandingan memancing ini menitik beratkan soal ikan yang diperolehi, sebelum dan selepas pertandingan tidak layak di timbang.

AADK sedia terima segala bantahan atau aduan dan ianya boleh kemukan kepada urusetia selewat-lewatnya jam 12.30 tengahari disertakan deposit RM200 iaitu tidak dikembalikan.

Antara acara lain yang akan diadakan adalah tarik tali, tangkap itik, pukul bantal, memanjat tiang licin, sepak raga bulatan dan pertandingan karaoke.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah, 016-2057811 (Zack), 06-3853603 (Imah) dan 016-6708517 (Tapa