Thursday, April 24, 2008

Presiden MBM menjadi calon Barisan Nasional Parlimen Lenggong,PRU 2008.


Timbalan dan Naib Pengerusi MGBDAG, Exco MBM serta pemimpin belia turut hadir bagi memberikan sokongan padu kepada Dato' Presiden MBM.

Wednesday, April 23, 2008

Ucapan Taniah


Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas atas perlantikan YB Datuk Idris Haron sebagai Timbalan Menteri Pengajian Tinggi di Kementerian Pengajian Tinggi.YB Datuk yang juga Presiden MGBM merupakan tokoh yang terbaik berdasarkan pengalaman dan penglibatan beliau dalam pembangunan negara khususnya golongan belia.Mgbdag berharap dengan perlantikan ini, YB Datuk dapat menyumbang kepada pembangunan generasi muda Malaysia dan pergerakan belia pada semua peringkat bagi membawa negara ke tahap yang lebih cemerlang.

PERSATUAN BELIA DIDIK HARGAI PEMIMPIN

MASIH terngiang-ngiang di telinga ungkapan Perdana Menteri pada Perhimpunan Hari Belia Negara pada 15 Mei lalu. ‘Alangkah seronoknya menjadi belia di Malaysia!’, laung Perdana Menteri disambut dengan tepukan gemuruh lebih 15,000 belia yang memenuhi Stadium Putra, Bukit Jalil.Sebagai pemimpin pergerakan belia, saya menitis air mata melihat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi begitu hampir dengan generasi muda.Pembabitan saya lebih 7 tahun dalam pergerakan belia mendidik saya menjadi insan seperti hari ini. Menerusi pergerakan belia, saya belajar mencintai negara dan menghargai sumbangan pemimpin terdahulu dan sekarang. Walaupun, generasi muda dilatih untuk futuristik dan memandang jauh ke depan, namun mereka juga dididik menghargai generasi yang menyumbang sebelum ini.Bagaimanapun, tidak ramai mampu melihat sumbangan ini. Masih ramai terperangkap dengan konotasi negatif dan sumbang yang mengatakan belia Malaysia lesu.Pernah dalam satu wawancara sebuah majalah bulanan saya bertanya, ‘apakah persatuan massa lebih hebat daripada persatuan belia?’ Di negara ini, ramai juga dibelenggu pemikiran youth bashing iaitu menyalahkan belia atas segala masalah sosial dalam masyarakat.Ia ditambah laporan media massa mengaitkan belia dengan jenayah dan kegiatan tidak sihat. Mungkin, inilah dikatakan orang, ‘disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga.’Ramai belia Malaysia mencipta nama dalam pelbagai bidang. Namun, salah-laku sosial itulah sering dikaitkan dengan belia.Anak muda harus digalakkan menyertai persatuan belia sedia ada atau menubuhkan persatuan belia baru yang serasi dengan minat mereka. Sebagai bekas pemimpin pergerakan belia, Pak Lah mempunyai sebab untuk berasa hampir dengan anak muda yang membanjiri Perhimpunan Hari Belia Negara yang lalu.Pembabitannya dalam pergerakan belia membentuk dirinya ke tahap tertinggi hingga menjadi pemimpin negara. Inilah sumbangan pergerakan belia yang menjadi kebanggaan Abdullah.Saya pasti itulah sebabnya beliau melaungkan It’s great to be young in Malaysia!. Tentu generasi muda di negara ini bersetuju dengan apa diungkapkan Perdana Menteri itu.

Tuesday, April 22, 2008

Lawatan ke Negara ??? (try teka)


heheheeee.......
try korang tgk.....ape kt blkg tuh??............
n try cr...dlm ramai2 nie...saper yg paling encem???........hiihhiih

Monday, April 14, 2008

Tahniah............
coz glgn belia di beri pengiktirafan oleh kerajaan negeri melaka....
di atas penganugerahan pingat PJK...
krna byk mberi sumbangan di dlm pembangunan pertubuhan belia di cawangan/daerah/negeri.
Semoga dengan kejayaan ini.......dapt mberi khidmat yang terbaik untuk belia pd ms akan dtg.....

Di Atas Gunung Ledang


eehehehehheehe..........
nie le pwira negara...
yg berjaya menawan gunung ledang.....
orait per...????.....

kursus kepimpinan peringkat daerah alor gajah


Program baktisiswa usm di cawangan belia dalam daerah alor gajah

time nie ...tgh wat psembhan....