Sunday, August 29, 2010

19 Ogos (Alor Gajah) Program Kibar Jalur Gemilang dan Kempen Keselamatan Jalan Raya

Alor Gajah, 19 Ogos 2010 - Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Kawasan Masjid Tanah dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) telah mengadakan Program Kibar Jalur Gemilang dan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena sambutan bulan kemerdekaan dan Ramadan.

Pengerusi MGBD Alor Gajah, Encik Zaidi Mohd berkata, program itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat untuk mengibarkan Jalur Gemilang di kenderaan masing-masing selain mengutamakan keselamatan di jalan raya.

Turut hadir, ADUN Gadek, Datuk Abdul Ghaafar Atan; Naib Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah, Datuk Abd Talib Bachik; Timbalan Pengarah Jabatan Belia & Sukan Negeri Melaka, Encik Md Ab Manap Abd Rahman.

Tuesday, August 24, 2010

19 May 2010 Mesyuarat Agung Gerakan Belia 4B Kawasan Masjid Tanah

Mesyuarat Agung Gerakan Belia 4B Kawasan Masjid Tanah

Oleh: ABDUL SAMAT

19 Mei 2010, Masjid Tanah. Gerakan Belia 4B Kawasan Masjid Tanah telah berjaya
melaksanakan Mesyuarat Agung yang telah diadakan di bilik mesyuarat Kompleks
Rakan Muda, Lendu, Masjid Tanah, Melaka.

Mesyuarat tersebut telah sempurna dirasmikan oleh Saudara Nizam Omar, Pengerusi
Gerakan Belia 4B Negeri Melaka.

27 Mei 2010. Majlis Perundingan Belia Peringkat Daerah Alor Gajah 201

Kuala Sungai Baru, 27 Mei 2010. Majlis Perundingan Belia Peringkat Daerah Alor
Gajah 2010