PENDAHULUAN MAJLIS GABUNGAN BELIA DAERAH ALOR GAJAH (MGBDAG) telah ditubuhkan pada tahun 1975. Majlis ini merupakan satu pertubuhan badan induk kepada semua pertubuhan belia dan persatuan yang terdapat di dalam daerah Alor Gajah.
Wednesday, February 17, 2010
17 Feb 2010. Majlis Kunjung Hormat Exco GB4B Kawasan Masjid Tanah kepada YB Ar Ismail Othman ADUN Kuala Linggi
Thursday, February 11, 2010
11 Feb 2010 - Program Semarak Masjid GB4B Masjid Tanah - Bacaan Yasin ( Masjid Ibnu Sina, Kampung Sungai Jernih, Lubok China Melaka - DUN Ayer Limau)
Program Semarak Masjid GB4B Masjid Tanah - Bacaan Yasin
Anjuran: Biro Dakwah Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Masjid Tanah dengan kerjasam AJK Lembaga Masjid Ibnu Sina & AJK JKKK Kampung Sungai Jernih bersama Pemuda UMNO Caw. Sg Jernih.
Tempat: Masjid Ibnu Sina, Kampung Sungai Jernih, Lubok China Melaka.
Perasmi: YB Tuan Hj Amiruddin Yusop, Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Limau.
Thursday, January 21, 2010
21 Jan 2010-GB4B Masjid Tanah, Program Semarak Masjid (Bacaan Yasin) Di Masjid Kg Lubok Redan (DUN Tg Bidara)
Program ini anjuran Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Masjid Tanah bersama Gerakan Belia 4B (M) Caw Kg Lubuk Redan.
Tetamu kehormat adalah YB Datuk Kapten (B) Hj Ab. Karim Hj Sulaiman, Pengerusi Jawatankuasa Negeri Kebajikan, Perpaduan dan Belia & Sukan merangkap ADUN Tg Bidara ; Datuk Abd Talib Bachek, Pengerusi Persatuan Pengakap Kawasan Masjid Tanah & Alor Gajah merangkap Naib Pengerusi UMNO Bhgn Masjid Tanah
Monday, January 11, 2010
ISU KALIMAH ‘ALLAH’ PERLU DISELESAIKAN DAN JANGAN DIWARISKAN KEPADA GENERASI MUDA
Kenyataan Akhbar Majlis Belia
ISU KALIMAH ‘ALLAH’ PERLU DISELESAIKAN DAN JANGAN DIWARISKAN KEPADA GENERASI MUDA
1. Majlis Belia Sabah (MBS) mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tidak bertanggungjawab yang menjadikan Rumah Ibadat sebagai sasaran untuk melahirkan rasa kecewa dan tidak puas hati terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Majalah The Herald: The Catholic Weekly menggunakan kalimah ‘Allah’ pada 31 Disember 2009.
2. Majlis Belia Sabah yang terdiri daripada 10 badan gabungan iaitu Pengakap, Pandu Puteri, ABIM, Puteri Islam, YMM, JCI, GBBM, St. John’s, Briged Putera dan Briged Puteri meminta agar rakyat di Sabah tidak mengambil tindakan serupa kerana ianya akan mengeruhkan lagi keadaan dan menjejaskan keharmonian bermasyarakat yang sedia terjalin selama ini. MBS berharap agar pihak berkuasa dapat meningkatkan kawalan agar perkara tersebut tidak belaku dinegeri ini.
3. Seterusnya Saya menyarankan agar semua pihak mengambil tindakan secara rasional dan bukan berdasarkan emosi. Semua perlu ambil maklum bahawa perkara ini adalah isu dasar dan kritikal yang melibatkan Akidah dan Kepercayaan agama ummat Islam dan penganut Kristian. Penyelesaian yang bersandarkan ilmu yang benar dengan mengambilkira sejarah, perlembagaan dan kontrak sosial serta semangat perpaduan Negara ini perlu diambilkira. Kita tidak mahu isu ini diwariskan kepada generasi muda dan generasi seterusnya kerana khuathir mereka tidak dapat menanggapi isu ini secara rasional seperti majoriti rakyat Malaysia sekarang ini.
4. Ruang untuk berdialog dan berinteraksi perlu disuburkan supaya semua pihak yang berautoriti dapat memberi pandangan tentang isu ini. Sebagai contoh, saranan Presiden Majlis Jaksa Pendamai Malaysia, Datuk Seri Panglima Clarence Bongkos Malakun perlu diambilkira dalam mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Saranan tersebut sebenarnya cuba untuk memadamkan “punca api yang menyebabkan kebakaran yang sedang berlaku”.
5. Akhirnya, Majlis Belia Sabah berharap agar para belia dan generasi muda di negeri ini agar bertindak secara rasional. Marilah kita sama-sama berdoa agar isu ini dapat diselesaikan secara baik supaya kita dapat meneruskan agenda memperkasa belia dan generasi muda agar menjadi insan dan warganegara yang memberi manafaat kepada pembangunan negeri dan Negara.
Di keluarkan oleh:
Mustapha Haji Sakmud
MBM kutuk perbuatan khianat bakar gereja

KENYATAAN AKHBAR
PRESIDEN MAJLIS BELIA MALAYSIA
Majlis Belia Malaysia (MBM) mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan khianat yang menyebabkan Gereja Metro Tabernacle, Desa Melawati terbakar serta cubaan membakar Gereja Katolik di Petaling Jaya. Perbuatan seumpama ini ternyata jelas bertentangan dengan kemurnian prinsip dan nilai murni dalam semua agama serta nyata boleh menjejaskan keamanan dan perpaduan masyarakat dalam sesebuah negara.
MBM juga menyeru kepada seluruh masyarakat Malaysia baik yang beragama Islam untuk terus menghormati undang-undang dan perlembagaan Negara. MBM turut endesak agar siasatan segera dilakukan bagi menghindari akibat buruk yang boleh tercetus dari perilaku yang ternyata menyimpang dari batas susila dan kesopanan raka bekerjasama dengan yat Negara ini.
MBM juga memohon semua rakyat bertenang dan mengikut saluran yang betul serta mengikut prinsip perlembagaan dan keluhuran undang-undang dalam menyelesaikan kemelut mutakhir ini. MBM berharap agar pihak-pihak yang bertangggung dalam menjaga keselamatan Negara supaya bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin agama bagi mewujudkan ruang perbincangan dan diskusi dalam usaha menangani kemelut ini.
MOHAMED MALIKI B MOHAMED RAPIEE
Presiden
Majlis Belia Malaysia
8 Januari 2010
KBS rangka program tingkat kepimpinan belia

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memperkenalkan Program Kepimpinan Elit bagi mendedahkan golongan belia mengenai aspek kepimpinan.
Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, mereka yang terpilih mengikuti program itu berpeluang menjalani latihan amali di agensi kerajaan dan melihat sendiri operasi sesebuah kementerian.
''Mereka akan ditempatkan di bawah seliaan mentor di kalangan menteri dan timbalan menteri dan ini membolehkan belia mendapatkan ilmu kepimpinan daripada mereka yang berpengalaman.
''Program selama setahun itu akan mula dilaksanakan pada pertengahan tahun hadapan selepas kertas kerja mengenainya dibentangkan di Kabinet tidak lama lagi,'' katanya selepas mempengerusikan Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Sidang 2, 2009-2010 di sini hari ini.
Persidangan itu membincangkan hala tuju belia pada masa akan datang dan transformasi bagi membolehkan persatuan belia menghadapi cabaran semasa.
Shabery berkata, seramai 100 hingga 150 belia akan terlibat dalam program di bawah panel jawatankuasa khas yang akan dibentuk tidak lama lagi
Menurutnya, program tersebut dibahagikan kepada tiga bahagian yang meliputi kursus intensif, praktikal dan menempatkan mereka di pejabat-pejabat di peringkat zon dan daerah.
''Belia yang mengikuti program ini akan mempunyai nilai-nilai kepimpinan yang tinggi dan kita percaya mereka akan menjadi buruan pihak kementerian dan juga swasta," katanya.
Sementara itu, katanya, KBS turut merangka program melatih seramai 5,000 belia sebagai pemimpin pelapis bagi menggantikan kepimpinan sedia ada.
Menurutnya, kebanyakan pemimpin sekarang melebihi had umur 40 tahun dan mengikut Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 mereka perlu melepaskan jawatan itu.
''Mahu atau tidak, kita perlu melatih generasi muda dan memberi kepercayaan kepada mereka menerajui persatuan ke arah yang lebih baik pada masa hadapan,'' katanya
Mampu bawa suara orang muda

KUALA LUMPUR 8 Jan. - Para perwakilan pertubuhan belia negara ini menyambut baik keputusan pemilihan ahli jawatankuasa kerja Majlis Belia Malaysia (MBM) sesi 2010-2012 dengan menyifatkannya sebagai golongan pemimpin yang boleh bekerja.
Rata-rata mereka yakin, kepimpinan yang diterajui oleh Presiden Majlis Belia Negeri Pulau Pinang, Mohamed Maliki Mohamed itu mampu membawa suara orang muda ke peringkat kepimpinan negara selain menarik lebih banyak penyertaan.
Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim berkata, kepimpinan yang diberi mandat oleh perwakilan itu merupakan kepimpinan muda yang mempunyai karisma.
"Diharapkan di sebalik usia mereka yang muda, para pemimpin ini mampu bertindak lebih berani untuk bersuara mengenai isu-isu yang relevan dengan perkembangan semasa seperti perkauman dan keagamaan yang kian panas kini.
"MBM perlu berani dan tegas dalam menangani isu-isu seperti itu. Kita tidak mahu belia dipesongkan pemikirannya dan tidak lagi menjaga perpaduan kaum yang menjadi teras kekuatan negara," katanya ketika ditemui selepas pengumuman keputusan berkenaan.
Ditanya keyakinannya terhadap kebolehan barisan pemimpin itu, Jais meminta agar ahli MBM memberi masa untuk mereka membuktikan kemampuan.
"Kita perlu memberi ruang secukupnya kepada mereka. Usahlah bersikap prejudis dan yakinlah sepenuhnya terhadap kepimpinan yang telah kita pilih," katanya.
Sementara itu Presiden Gerakan Belia Bersatu Malaysia (GBBM), Low Eng Tack berharap barisan kepimpinan baru itu akan berusaha mendekati golongan muda dengan cara yang lebih efisien dan menarik.
"Belia hari ini sudah berbeza berbanding dahulu. Kita perlu kenal apa yang mereka minati dan mahukan agar mampu mendekati mereka.
"Diharapkan kita tidak lagi terikut-ikut dengan cara mendekati golongan muda secara melulu. Barisan kepimpinan ini terdiri dari mereka yang berusia 40 tahun ke bawah dan saya pasti ia akan banyak membantu dalam mendekati golongan muda," katanya yang memenangi jawatan Naib Presiden MBM.
Beliau dalam pada itu tidak dapat menyembunyikan kekecewaan terhadap pemilihan exco yang dilihat menyebelahi calon-calon Melayu.
"Diharapkan Presiden yang baru dilantik akan menunaikan janji dengan mengambil kaum lain sebagai exco lantikan. Saya pasti ia bukan masalah kerana beliau juga sudah berjanji untuk bersikap adil kepada semua kaum dalam pertubuhan ini," ujarnya.
Perwakilan Majlis Kelab Bell Tamil Malaysia, M. Kalaivani pula menaruh keyakinan terhadap kemampuan Mohamed Maliki menerajui pertubuhan belia terbesar negara itu secara adil dan saksama.
"Beliau tahu bagaimana untuk bekerja. Saya pasti beliau tiada masalah untuk memberi layanan sama rata kepada semua gabungan pertubuhan.
"Dibantu barisan kepimpinan bawahannya, saya rasa beliau mampu mentadbir MBM dengan baik," ujarnya.
Exco Majlis Belia Perak, Razaligh Hamzah pula menganggap perwakilan telah membuat keputusan tepat bagi memilih kepimpinan MBM kerana rata-rata mereka yang dipilih merupakan individu yang berpengalaman serta telah lama berada dalam MBM.
"Namun, saya harap agar jawatan yang diberi tidak dijadikan tiket untuk mereka bermegah-megah tanpa membuat kerja.
"Mereka seharusnya turun padang dan mendekati pertubuhan belia di setiap negeri untuk bertanya khabar dan memberi nasihat," katanya.