AYER KEROH – Sebanyak 17 kereta mewah dari Malaysia Super Cars Club yang diketuai Datuk Seri Azman bersama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkonvoi dari Putrajaya hingga ke Melaka sempena untuk mempromosikan Himpunan Sejuta Belia di Pasar Raya Mydin, Ayer Keroh.
Program santai bertemu belia bertujuan untuk mengajak golongan belia memeriahkan lagi Hari Belia Negara. Dalam program santai ini, Menteri sempat melawat kawasan pekarangan Mydin dan mengedar risalah sempena perhimpunan itu dan menjemput secara peribadi orang ramai di ruang legar di pasar raya itu untuk datang ke Putrajaya yang telah diisytiharkan sebagai 'Kota Belia'.
Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sebanyak 220 acara diadakan untuk disertai oleh para belia sepanjang bulan hari belia yang meliputi aktiviti berbentuk kesukanan, kecergasan, kreativiti, kesenian serta aktiviti kerohanian.

No comments:
Post a Comment