Monday, January 4, 2010

Mesyuarat Perhimpunan Agung MGBM 2010 (MPAT)

Ucapan Tahniah kepada Sdra Zaidi & Sdra Nasir yang mewakili MGBDAG juga mewakili GB4B Masjid Tanah kerana telah berjaya sebagai jawatankuasa yang baru Majlis Gabungan Belia Melaka 2010/2012.



Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mahu pemimpin-pemimpin pertubuhan belia dinegeri ini bekerja keras tanpa mengira waktu bagi mencapai kejayaan didalam masa singkat.


Mohd Ali berkata perkara itu penting memandangkan tempoh memegang sesuatu jawatan didalam pertubuhan bukanlah lama dan ia menuntut mereka bekerja keras dan pantas bagi melaksanakan misi dan visi pertubuhan dengan pantas.

"Kita kena kerja satuhari 3 shif kerana tempoh memegang jawatan tidak lama dan banyak perkara yan

g perlu dilakukan dalam masa singkat, jika tidak kita akan ketinggalan," katanya.

Mohd Ali berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Agung Tahunan (MPAT) Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) di Hotel Avillion Legacy,disini, petang tadi.


Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Negeri, Perpaduan, Kebajikan, Belia dan Sukan, Hasan Abd Rahman, Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron merangkap Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Exco MBM, Mohd Sukor Mohd Yusof dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri, R.Effendi Razali.

Seramai 500 perwakilan daripada 17 badang gabungan MGBM hadir bagi mengikuti MPAT MGBM dan mengundi untuk memilih jawatankuasa baru MGBM bagi sesi 2010-2012.


Mohd Ali berkata MPAT MGBM bukan sekadar perhimpunan tahunan semata-mata tetapi merupakan medan untuk pemimpin belia berbincang bagi memantapkan pergerakan pertubuhan belia dinegeri ini.


Mohd Ali berkata kekuatan MGBM ialah ia menjadi wadah menyatukan pelbagai bangsa dan agama dibawah gabungannya dan melalui penyatuan ini, MGBM mneyumbang kepada kestabilan politik, ekonomi dan budaya dinegeri ini.


"Melalui MGBM pemimpin muda dilatih untuk, berjuang atas nama kepentingan nasional dan bukannya kepentingan sempit kelompok sendiri.


"Dalam hal ini walaupun pemimpin pertubuhan belia bertukar ganti, namun kita semua masih berpegang dengan semangat perpaduan yang dipupuk oleh pemimpin-pemimpin terdahulu,"katanya.

Mohd Ali berkata sebagai ketua kerajaan negeri, beliau menasihati barisan pemimpin pertubuhan belia agar menjadi pemimpin yang benar-benar minat berpersatuan, memahami situasi baru dan gerakan belia, peka belia, 'force orang muda', sebagai pencipta perubahan, penegak kebenaran dan mempunyai semangat kesukarelawan.

"Kita perlu memfokuskan tiga perkara utama iaitu, kemahiran, keusahawanan dan kepimpinan. Selain kegiatan belia perlu disesuaikan dengan kehendak dan memenuhi tuntutan orang muda masa kini.

Sementara itu, Idris berkata MGBM telah banyak melahirkan barisan pemimpin muda yang berkaliber di peringkat nasional dimana ramai pemimpin dibawah MGBM telah menerima pengiktirafan diperingkat nasional.

Antaranya, Setiausaha Agung MGBM, Mohd Nizam Omar yang menerima Anugerah Belia Negara Kategori Kepimpinan 2009 dan Gerakan Belia 4B (GB4B) Cawangan Paya Rumput Jaya Wawasan (PARUJAS) yang memenagi Johan Anugerah Perdana Pertubuhan Belia Peringkat Kebangsaan 2009 bersempena sambutan Hari Belia Negara 2009 di Melaka 15 Mei lalu.

"Selama 10 tahun memimpin MGBM, telah ramai pemimpin belia mendapat pengiktirafan diperingkat nasional. Selain itu kita juga mampu menghimpunkan 20,000 belia diseluruh negara untuk sambutan Hari Belia Negara 2009 lalu.

"Harapan saya jawatankuasa baru perlu terus memberi sokongan dan dokongan seperti yang diberikan

kepada saya untuk meletakkan MGBM dikedudukan yang disegani dan dihormati di Malaysia,"katanya.

MGBM turut dinobatkan sebagai Majlis Belia Negeri terbaik diMalaysia ekoran program-program yang dianjurkan memberi impak san kesan positif kepada pembangunan belia dinegeri ini.

Sementara itu, Mohd Ali turut menyampaikan Sijil Penghargaan kepada bekas- bekas pemimpin MGBM yang melepasi usia 40 tahun.



No comments: