Wednesday, December 23, 2009

GB4B Masjid Tanah di Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Gerakan Belia 4B Malaysia ke-34 di Puteri Resort

Kuasa dalam kerajaan tidak seharusnya dijadikan kayu pengukur kejayaan kepimpinan Gerakan Belia 4B.

Presidennya, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, terdapat kebimbangan dalam kalangan ahli berikutan kepimpinan muda bukan lagi dianggotai individu berkuasa dalam kerajaan.

Beliau yang juga Presiden Perwakilan Belia Sedunia (Way) dan Ketua Menteri menjelaskan, kejayaan pertubuhan belia itu bergantung kepada keupayaan kepimpinan muda memahami aspirasi dan kehendak ahli.

“Dewasa ini, ahli Gerakan Belia 4B mengharapkan kepimpinan dinamik, agresif, inovatif dan cergas.

“Barisan kepimpinan muda juga perlu memiliki keupayaan dan kepakaran menggunakan peluang tersedia bagi menggerakkan aktiviti,” katanya.

Mohd Ali berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Gerakan Belia 4B Malaysia ke-34 di Puteri Resort, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Tetap Gerakan Belia 4B, Datuk Abdul Fattah Abdullah; Presiden Penaja, Shukor Mohd Yusof; Naib Presiden Wanita, Datuk Zaitun Ab Rahman dan Pengerusi Gerakan Belia 4B Melaka, Mohd Nizam Omar.

Mesyuarat semalam mencatatkan lembaran baru dalam sejarah pertubuhan belia berkenaan apabila Mohd Ali melepaskan jawatan Presiden yang disandangnya sejak 15 tahun lalu.

Selain Presiden, 14 jawatan tertinggi Gerakan Belia 4B turut beralih kepada perwakilan di bawah umur 40 tahun.

Sementara itu, menurut Mohd Ali, Gerakan Belia 4B harus mempelbagaikan dimensi perjuangannya.

“Selain aktif menggerakkan aktiviti sosial dan sukan, pertubuhan ini perlu menyuburkan kembali tradisi intelektualisme yang pernah menjadi citra perjuangan pada masa lalu.

“Di samping itu, semua ahli hendaklah serius dalam menjadikan Gerakan Belia 4B sebagai satu gerakan massa dalam bidang ekonomi,” jelas beliau.

Menurutnya, pertubuhan berkenaan juga perlu bersikap berani menyua-rakan pandangan terhadap isu masyarakat atau negara.




Monday, December 14, 2009

Dinner of WAY 60th Anniversary Celebration

WAY 60th Anniversary Celebration Dinner - Dewan Banquet, Seri Negeri, Melaka.






Friday, December 11, 2009

GB4B Masjid Tanah - Persediaan Untuk Official Launching World Of Complex & WAY Headquarters

Pada 11 Dis 2009 (malam), para AJK GB4B Kawasan Masjid Tanah telah memberikan sumbangan tenaga untuk Majlis Perasmian Kompleks Belia Sedunia & Ibupejabat WAY, Ayer Keroh, Melaka.



Sunday, December 6, 2009

6 Dec 2009 Majlis Berkhatan Beramai-Ramai 1Malaysia

TELOK GONG, 6 Dis - Jika satu ketika dahulu tradisi melihat kanak-kanak lelaki Islam merupakan satu pemandangan biasa namun situasi berubah apabila ramai kanak-kanak lelaki bukan Islam turut serta didalam program berkhatan berkelompok.

Meskipun jumlah itu tidak ramai, namun ia memberikan impak baik kepada masyarakat khususnya diperingkat akar umbi apabila program seumpama itu dapat mendekatkan rakyat dengan konsep 1 Malaysia.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata penerapan konsep 1 Malaysia akan mudah difahami oleh generasi baru apabila sedari kecil sudah terbiasa mengikuti program yang melibatkan semua kaum dinegera ini.

"Konsep program khatan berkelompok 1 Malaysia ini adalah wajar kerana anak-anak ini masih kecil dan amat sesuai diterapkan dengan konsep ini ketika mereka masih kecil supaya apabila dewasa ia menjadi satu kebiasaan.

"Selain itu kita dapat lihat kesedaran dari aspek kesihatan apabila semakin ramai kanak-kanak bukan Islam berkhatan kerana manfaatnya yang besar kepada kesihatan mereka,"katanya.

Abu Seman berkata demikian semasa sidang media selepas menghadiri Majlis Berkhatan Beramai-Ramai 1 Malaysia diBalairaya Kampung Telok Gong, disini, pagi tadi.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Kuala Linggi, Ismail Othman, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Md Abd Manap Abd Rahman, Pengerusi Gerakan Belia 4B (GB4B) Kawasan Masjid Tanah, Zaidi Mohd, Pengarah Bahagian Sahabat Belia, JKMM, Mohd Nizam Omar, Naib Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM), Mohd Faizal Hashim dan Pengerusi Wanita GB4B Negeri, Mas Ermieyarti Shamsudin.

Seramai 55 orang kanak-kanak Melayu, India dan Orang Asli menyertai program anjuran GB4B Gerakan Belia 4B (M) (GB4B) Kawasan Masjid Tanah dengan kerjasama Badan Sukarelawan At-Taqwa, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Majlis Gabungan Belia Daerah (MGBD) Alor Gajah, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah, Bahagian Sahabat Belia, JKMM, GB4B Kampung Telok Gong dan JKKK Kampung Telok Gong.

Sementara itu, Ismail berkata program itu merupakan pertama kali diadakan seumpama itu di DUN Kuala Linggi dan berharap agar ia dijadikan program tahunan.

Dalam pada itu, Zaidi yang juga Pengerusi MGBD Alor Gajah berkata program itu melibatkan lima orang kanak-kanak berketurunan India dan seorang kanak-kanak Orang Asli, manakala 49 merupakan kanak-kanak berbangsa Melayu.

"Setiap cawangan GB4B akan membawa dua orang kanak-kanak untuk dikhatankan. Ini merupakan anjuran pertama GB4B Masjid Tanah dan memandangkan sambutan yang diterima amat menggalakkan kita akan menjadikan program ini sebagai acara tahunan. Pada tahun hadapan ia akan diadakan di cawangan GB4B Paya Lebar, Masjid Tanah, katanya.




Tuesday, November 24, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha 2009

Kami dari AJK Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha 2009. Maaf Zahir & Batin.

Wednesday, November 18, 2009

Melaka Hari Ini. KEJOHANAN SEPAKTAKRAW PIALA EXCO BELIA & SUKAN NEGERI MELAKA.

45 REGU BERTANDING MEREBUT KEJUARAAN - KEJOHANAN SEPAKTAKRAW PIALA EXCO BELIA & SUKAN NEGERI MELAKA.

Kejohanan ini adalah anjuran bersama Gerakan Belia 4B Kawasan Masjid Tanah, MGBD Alor Gajah dan Pejabat Belia & Sukan Alor Gajah.
Perasmian sepak mula telah dilakukan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Masjid Tanah, Encik Hasnoul Hisham bersama Pengerusi Belia 4B Kawasan Masjid Tanah, Encik Zaidi Mohd.