PENDAHULUAN MAJLIS GABUNGAN BELIA DAERAH ALOR GAJAH (MGBDAG) telah ditubuhkan pada tahun 1975. Majlis ini merupakan satu pertubuhan badan induk kepada semua pertubuhan belia dan persatuan yang terdapat di dalam daerah Alor Gajah.
Thursday, July 23, 2009
Jadikan Ibu Bapa Sebagai'Role Model'
PENGKALAN BALAK, 23 Julai – Golongan belia di negeri ini disaran supaya menjadikan kejayaan ibu bapa masing-masing sebagai 'role model' untuk menjadikan diri mereka sebagai generasi pewaris yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Perpaduan, Belia dan Sukan Negeri, Datuk Ab Karim Sulaiman berkata, golongan belia wajar berikhtiar memajukan diri masing-masing untuk menjadi individu yang berjaya dan cemerlang.Menurutnya, anak muda perlu menyahut seruan dan saranan Kerajaan walaupun mengalami kesukaran, tetapi cuba memberanikan diri membuktikan akan kebolehan mereka sebagai pewaris negara suatu hari nanti.“Selagi kita boleh berjaya, buktikan kepada keluarga dan jangan membiarkan diri kamu (belia) terus dipandang rendah oleh masyarakat,” katanya sempena program Rakan Muda (IPT) di sebuah resort di sini.Ab Karim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara berkata, anak-anak muda hari ini perlu menjadikan ibu bapa sebagai role-model bagaimana menjadi seorang belia yang disegani dan digeruni di mata masyarakat.Katanya, corak kehidupan belia dahulu dan sekarang memperlihatkan kelainan begitu ketara, malah sewajarnya mencari suatu pendekatan baru untuk tidak melihatkan orang luar memperlekehkan kebolehan anak muda sekarang.“Rebut peluang ini, dan mana-mana pertubuhan belia diwujudkan, ambil sebagai panduan mahupun menyertainya supaya boleh membantu menggerakkan jati diri dengan lebih esifien dan bertanggungjawab,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment