Friday, May 21, 2010

19 Mei 2010 Mesyuarat Kali Pertama Koperasi MGBD Alor Gajah Berhad

Pada 19 Mei 2010 telah diadakan Mesyuarat Kali Pertama Koperasi MGBD Alor Gajah Berhad bertempat di Kompleks Rakan Muda Lendu.



Tuesday, May 11, 2010

6~9 Mei 2010 - Kursus Kepimpinan Belia Berkaliber

6~9 Mei 2010

Kursus Kepimpinan Belia Berkaliber telah berjaya diadakan di Glory Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan yang berjaya menarik serami 67 orang peserta dari ahli-ahli belia dari kedua-dua badan gabungan belia di dalam Majlis Gabungan Belia Daerah Alor Gajah dan Jasin.

Kursus telah berjaya dilaksanakan hasil dari anjuran MGBD Alor Gajah dan MGBD Jasin bersama Jabatan Belia & Sukan Negeri Melaka.

Kursus yang mengambil masa empat hari ini telah dapat mengeratkan perpaduan dan kerjasama berkumpulan di kalangan ahli-ahli belia dari sekitar Alor Gajah & Jasin.

Majlis perasmian penutup dan penyampaian sijil telah disampaikan oleh YB En. Hassan Abd. Rahman, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Perpaduan, Belia dan Sukan Negeri Melaka merangkap ADUN Sungai Rambai.













Wednesday, May 5, 2010

5 Mei 2010. Mesyuarat Penubuhan Koperasi MGBD Alor Gajah

5 Mei 2010.
Mesyuarat Penubuhan Koperasi MGBD Alor Gajah diadakan khusus untuk kebajikan ahli-ahli belia gabungan di dalam daerah Alor Gajah. Taklimat penubuhan koperasi disampaikan oleh pegawai koperasi Melaka.


Wednesday, March 17, 2010

16 Mac 2010 : Majlis Ramah Mesra & Dialog antara JBSNM bersama NGO's Belia Negeri Melaka

Pada 16 Mac 2010 : Majlis Ramah Mesra & Dialog antara JBSNM bersama NGO's Belia Negeri Melaka di Kompleks Belia & Sukan, Ayer Keroh, Melaka.
Ahli jawatankuasa yang terlibat hadir adalah Zaidi Mohd (Pengerusi MGBDAG), Maziah (S/Usaha MGBDAG), Nasir Mohd (AJK MGBDAG) & Abdul Samat Ab. Wahab (AJK MGBDAG).


Thursday, March 11, 2010

11 Mac 2010, Program Semarak Masjid-Bacaan Yasin di Masjid Al-Mujib, Kampung Durian Daun, Masjid Tanah

Pada 11 Mac 2010, Program Semarak Masjid-Bacaan Yasin di Masjid Al-Mujib, Kampung Durian Daun, Masjid Tanah. Program anjuran Gerakan Belia 4B Kawasan Masjid Tanah bersama Lembaga Masjid Al-Mujib & JKKK Kg Durian Daun, Masjid Tanah. Turut hadir Yg Berbahagia Datuk Abd Talib Bachek, En. Sulaiman Ali, Nizam Omar & Zaidi Mohd. Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran dari rombongan mahasiswa dari Univesiti Kuala Lumpur, Bdr Vendor Taboh Naning. Terima kasih pada semua yang hadir.