Wednesday, April 23, 2008

PERSATUAN BELIA DIDIK HARGAI PEMIMPIN

MASIH terngiang-ngiang di telinga ungkapan Perdana Menteri pada Perhimpunan Hari Belia Negara pada 15 Mei lalu. ‘Alangkah seronoknya menjadi belia di Malaysia!’, laung Perdana Menteri disambut dengan tepukan gemuruh lebih 15,000 belia yang memenuhi Stadium Putra, Bukit Jalil.Sebagai pemimpin pergerakan belia, saya menitis air mata melihat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi begitu hampir dengan generasi muda.Pembabitan saya lebih 7 tahun dalam pergerakan belia mendidik saya menjadi insan seperti hari ini. Menerusi pergerakan belia, saya belajar mencintai negara dan menghargai sumbangan pemimpin terdahulu dan sekarang. Walaupun, generasi muda dilatih untuk futuristik dan memandang jauh ke depan, namun mereka juga dididik menghargai generasi yang menyumbang sebelum ini.Bagaimanapun, tidak ramai mampu melihat sumbangan ini. Masih ramai terperangkap dengan konotasi negatif dan sumbang yang mengatakan belia Malaysia lesu.Pernah dalam satu wawancara sebuah majalah bulanan saya bertanya, ‘apakah persatuan massa lebih hebat daripada persatuan belia?’ Di negara ini, ramai juga dibelenggu pemikiran youth bashing iaitu menyalahkan belia atas segala masalah sosial dalam masyarakat.Ia ditambah laporan media massa mengaitkan belia dengan jenayah dan kegiatan tidak sihat. Mungkin, inilah dikatakan orang, ‘disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga.’Ramai belia Malaysia mencipta nama dalam pelbagai bidang. Namun, salah-laku sosial itulah sering dikaitkan dengan belia.Anak muda harus digalakkan menyertai persatuan belia sedia ada atau menubuhkan persatuan belia baru yang serasi dengan minat mereka. Sebagai bekas pemimpin pergerakan belia, Pak Lah mempunyai sebab untuk berasa hampir dengan anak muda yang membanjiri Perhimpunan Hari Belia Negara yang lalu.Pembabitannya dalam pergerakan belia membentuk dirinya ke tahap tertinggi hingga menjadi pemimpin negara. Inilah sumbangan pergerakan belia yang menjadi kebanggaan Abdullah.Saya pasti itulah sebabnya beliau melaungkan It’s great to be young in Malaysia!. Tentu generasi muda di negara ini bersetuju dengan apa diungkapkan Perdana Menteri itu.

1 comment:

azmah said...

moga mbm terus berjaya melahirkan pemimpin yg berjaya